Wednesday, January 5, 2011

kepentingan ilmu....

ilmu pengetahuan adalah anugerah Allah kepada umat manusia. menerusi ilmu, kita bukan sahaja dapat memperolehi kejayaan untuk diri sendiri, malahan dapat memberi kejayaan kepada bangsa,agama dan negara. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda,

maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.”

hal ini jelas menunjukkan bahawa islam merupakan agama yang mementingkan ilmu pengetahuan.

melalui ilmu, seseorang itu juga dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. 

Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;

انما يخشى الله من عباده العلمؤا

Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

oleh itu, ingatlah wahai rakan-rakan, tuntutlah ilmu selagi terdaya. dengan ilmu, kita akan lebih mengenal pencipta kita. renungkanlah. salam...

=)

No comments:

Post a Comment